Gambar seks: PKR siasat Azmin?

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, siasatan dalaman itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan parti lain.

Katanya, pertelingkahan itu menyebabkan berlakunya keretakan dalam PKR yang mana wujud dua kem iaitu kem menyokong siasatan terdiri daripada penyokong Dr. Wan Azizah dan kem yang menolak siasatan terdiri daripada penyokong Anwar dan Azmin.

“Saya difahamkan siasatan dalaman PKR ini tidak direstui Anwar. Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun diasak Presiden dan pemimpin kanan parti.