Fergie tunggu jawapan RVP

Sir Alex Ferguson telah mendedahkan yang rundingan Manchester United untuk menandatangani Van Persie kini tersekat.

Dalam kunjungan beliau ke Afrika Selatan, Ferguson telah mendedahkan yang kelab beliau telah membuat tawaran untuk Robin van Persie, pemenang kasut emas musim lepas.

Penyertaan Red Devils telah menyebabkan Manchester City dan Juventus untuk menarik diri. Walaubagaimanapun Arsene Wenger tidak pernah menjual pemain kepada United.

“Kami telah membuat tawaran tetapi mereka masih cuba untuk berunding dengan kelab lain.” Ferguson berkata.

“Saya tidak dapat meramalkan apa yang mungkin berlaku.”

“Kami tidak mendapat apa-apa berita baik dari Arsenal.”

“Saya tidak tahu mengapa mereka ingin berfungsi sedemikian.”

Khabar angin telah menandakan yang Van Persie akan ke Manchester untuk ujian medikal.

“Saya tidak mempunyai apa informasi lagi.” kata Ferguson lagi.

“Kami hanya perlu membuat yang terbaik dan meneruskan usaha.”

Ia adalah kekecewaan kedua setelah mendapat tahu bahawa pemain Brazil Lucas Moura telah berpindah ke Paris St-Germain.

Ferguson telah menunjukan minat terhadap pemain dari Sao Paulo itu dan tidak serta kunjungan pasukannya ke Norway demi melanjutkan perundingan.

Manchester United kelihatan tidak mampu bertanding dengan kekuatan keewangan PSG yang disokong syarikat Qatar yang telah mendorong pembelian pemain baru Zlatan Ibrahimovic dan Thiago Silva.

“Saya amat kagum dengan kelab yang sanggup menawarkan 45 juta euro untuk pemain yang berusia 19 tahun.” kata pengurus Scotland itu.

“Itu adalah satu-satunya tanda yang dunia bola sepak kini sudah bertambah gila.”

One Reply to “Fergie tunggu jawapan RVP”

Comments are closed.