Chong Wei bertemu Lin Dan di final

Lee Chong Wei akan bertemu Lin Dan pada pusingan akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik London.

Malam ini, Lee Chong Wei berjaya menewaskan Chen Long dari China dengan keputusan 21-13, 21-14 dalam perlawanan separuh akhir.

Selepas itu, pemain Nombor 1 dunia, Lin Dan yang juga musuh utama Lee Chong Wei menang 21-12, 21-10 ke atas Korea Selatan.

Malaysia kini mempunyai satu pingat dalam tangan dan perlawanan akhir tradisi antara Lee Chong Wei dan Lin Dan akan disaksikan.