Bunyamin, Amri, Ghaddar dibicara

Pada 7 Ogos ini, Mohammed Ghadadar, Bunyamin Umar dan Amri Yahyah akan dibicarakan atas pertuduhan berkelakuan kasar dan tiada semangat kesukanan.

Menurut akhbar Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan.

“Memang kami telah menerima surat penjelasan daripada kedua-dua pasukan.

“Bagaimanapun, perbicaraan yang sepatutnya dibuat 3 Ogos terpaksa ditunda ke 7 Ogos atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” kata Taufik kepada Sinar Online.





Semua tertuduh akan dipanggil pada 7 Ogos itu untuk memberikan keterangan masing-masing dalam hal ini.
“Semua tertuduh akan dipanggil dan diberi peluang untuk menjelaskan apa yang terjadi.

“Selepas itu, keputusan sama ada digantung ataupun tidak akan dibuat,” katanya lagi.

Sekiranya mereka didapatai bersalah, mereka boleh digantung sebanyak tiga perlawanan dan dikenakan denda sebanyak RM1,500. – espnstar