Berbatov berlepas ke Itali

SOFIA – Penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov dilaporkan telah berlepas ke Itali bagi melengkapkan perpin- dahannya bersama Fiorentina semalam.

Menurut sumber dalaman Fiorentina, kelab Itali itu telah mencapai persetujuan bagi menandatangani kontrak bersama Berbatov.

“Fiorentina telah bersetuju dengan syarat-syarat kontrak bersama Berbatov.

“Fiorentina akan mengumumkan mengenai perkara tersebut dalam tempoh terdekat ini.

“Majlis menandatangani kontrak akan diadakan sebaik Berbatov lulus ujian kesi- hatan,” kata sumber tersebut.

Berbatov yang merupakan pemain termahal United selepas dibeli daripada Tottenham Hotspur pada 2008 dengan yuran perpindahan bernilai £30.75 (RM152 juta) telah bersetuju untuk mengikat kontrak selama dua tahun bersama Fiorentina.

Penyerang berusia 31 tahun itu merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Liga Perdana England bagi musim 2010/2011 dengan 20 gol.

Namun, sehingga kini dia masih bergelut bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama United.

Pengurus United, Alex Ferguson telah memberi pelepasan kepada Berbatov untuk mencari kelab baharu selepas beliau membawa masuk penyerang Belanda, Robin van Persie ke Old Trafford.

Jika segala-galanyanya berjalan lancar, Berbatov akan menjadi pemain Bulgaria keempat yang beraksi dalam saingan Serie A selepas Nikolay Iliev, Hristo Stoichkov, Valeri Bojinov menyarung jersi Fiorentina pada musim 2005 hingga 2007. – Reuters