Asraruddin juga bakal ke eropah

ASRARUDDIN PUTRA OMAR, 24, diintai dua kelab iaitu Internacional FC, dari Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), dan OS Belenenses, dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal).

“Internacional FC telah menyatakan minat secara rasmi dengan menghantar satu surat kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengenai kedudukan Asraruddin.

“Setakat ini belum ada sebarang perbincangan serius di antara kedua-dua pihak dan masih terlalu awal untuk mengatakan Asraruddin akan menerima tawaran itu tetapi kelab dari Sepanyol itu memang berminat mendapatkan khidmatnya,” kata Ketua Pegawai Operasi Urban Bash Sport Management, Faliq Firdaus.

Kelab dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), O.S Belenenses, turut berminat dengan kemampuan Asraruddin tetapi belum ada tawaran secara rasmi dikemukakan setakat hari ini.

Sumber: Utusan