Teknologi Garisan Gol Diluluskan

Teknologi garis gol atau goal-line technology (GLT) telah diluluskan sebagai sebahagian daripada undang-undang bola sepak oleh Badan Antarabangsa FA (IFAB).

Dua system, ‘Hawk-Eye’ dan ‘GoalRef’, telah diluluskan oleh IFAB selepas mereka lulus beberapa ujian saintifik.

Teknologi itu mungkin akan diperkenalkan di Liga Perdana di tahun depan selepas keputusan itu dibuat di sebuah mesyuarat di Zurich.

Setiausaha agung FIFA Jerome Valcke berkata mereka mahu menggunakan teknologi garis gawang untuk pertandingan Piala Dunia Kelab di Japan pada bulan Disember, Piala Konfederasi tahun depan dan Piala Dunia 2014 di Brazil.

Valcke berkata FIFA akan membayar untuk sistem-sistem itu – yang  berharga kira-kira 250,00 US dolar untuk satu stadium.

Setiausaha agung FA Alex Horne memberitahu satu siding akhbar di Zurich bahawa ia adalah “satu hari yang sangat penting” untuk bola sepak.

Beliau berkata: “Kami rasa ia adalah satu hari yang hebat untuk sukan bola sepak. Dari perspektif England, hari ini adalah satu hari yang sangat penting kerana kami telah tunggukan keputusan ini.

“Ini adalah tentang teknologi yang tepat untuk membantu pengadil.”

Sistem itu harus diuji selepas mereka dipasang di setiap stadium untuk memastikan mereka berfungsi dengan lancar sebelum mereka dilesenkan untuk penggunaan.

Tidak akan ada sistem lain yang akan dipernenalkan, seperti ulangan video untuk mengadili keputusan seperti ofsaid, kata IFAB di dalam sebuah kenyataan.