Tauke Nasi Kandar Yang Gengster

GEORGE TOWN – Seorang tauke restoran nasi kandar popular di sini ditahan apabila polis menjumpai sepucuk pistol bersama beberapa butir peluru yang disembunyikan di dalam kereta yang dipandunya.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di hadapan sebuah pusat snuker dekat Jelutong kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) yang melakukan operasi cegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung senjata api itu membuat pemeriksaan terhadap suspek dan memeriksa kereta dipandunya jenis Proton Perdana.

Menurut beliau, tiada kekasaran atau pergelutan semasa pemilik dua buah restoran nasi kandar di Jelutong dan Relau itu diperiksa, malah suspek memberikan kerjasama mengikut arahan polis