Sriwijaya FC Tidak Bersedia Ganti Galatasaray

Galatasaray rasmi menarik diri dari perlawanan Java Cup 2012, 26-29 Julai 2012 di Jakarta. Tiadanya Galatasaray serta singkatnya waktu perlawanan yang akan berlangsung selama empat hari lagi menimbulkan cadangan untuk mengundang juara pertandingan Indonesia Super League (ISL) Sriwijaya FC atau Indonesia Primer League (IPL) Semen Padang untuk menggantikan Gaatasaray.

Sebelumya perlawanan ini akan diserati oleh wakil Inggeris Everton, wakil Turki Galatasaray, Harimau Muda dari Malaysia dan Pasukan B22 Indonesia. Pada pertemuan pertama Malaysia akan mencabar Galatasaray dan pertandingan kedua mempertemukan Indonesia dengan Everton. Pemenang pertandingan ini akan bertemu memperebutka juara satu dan dua sementara yang kalah akan bertemu memperebutkan juara tiga.

Namun menjadi kelam kabut kerana Galatasaray menarik diri sementara pihak penganjur tidak punya masa untuk mencari penggantinya sehingga muncul cadangan untuk menggantikan Galatasaray dengan kelab juara ISL atau IPL.

Pengarah Teknik dan SDM Sdn Bhd SOM Hendri Zainuddin menegaskan pihaknya selaku juara ISL, tidak bersedia melibatkan diri dengan Java Cup. Dikatakan Hendri sebelum cadangan ini muncul, pihak Sriwijaya FC sudah awal-awal lagi menolak penglibatan dalam kejohanan ini.

“Jangankan untuk sertai dalam perlawanan Java Cup, pemain kami diminta untuk menguatkan Indonesia bertemu di perlawanan Java Cup juga kami tolak, kerana pembentukan pasukan Indonesia tidak melibatkan KPSI dan hanya melibatkan PSSI Djohar Arifin,” kata Hendri Zainuddin