Solat Jumaat hari Sabtu?

Kerja giler. Dah nama pun solat Jumaat kenapa nak dibuat pada hari Sabtu. Apa punya sengal la dorang ni.

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Lensa Indonesia , Komuniti Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azerbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid diseluruh penjuru Negara untuk melaksanakan solat Jumaat, diganti dengan hari Sabtu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, kerana hari Jumaat di Azerbaijan termasuk hari kerja resmi negara.

Menurut pemerintah Azerbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangi kerja para pegawai dan pekerja pemerintah.

Cuti rasmi pemerintah Azerbaijan adalah hari Sabtu dan Minggu, yang memungkin bagi pegawai pemerintah tidak terganggu jam kerjanya.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebuah sentimen politik belaka.

“Pemerintah khuatir solat Jumaat menjadi tunjang pendidikan politik yang boleh menggugat pemerintah. Yang namanya solat Jumaat tidak boleh dipindah hari,” ujarnya.

Republik Azerbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim disana mencapai 90% dari total keseluruhan warganya.

Keakraban rejim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan pegawai-pegawai pemerintah cenderung anti Islam.

Hingga kini, warga muslim Azerbaijan masih memperjuangankan hak-hak kaum muslimah untuk mengenakan jilbab.