Serang dan Gigit Muka untuk Makan Daging!

WENZHOU – Serangan ‘kanibal’ berlaku di China dan berjaya diambil gambar. Penyerangnya yang merupakan seorang pemandu bas yang tiba-tiba mengamuk dan menggigit wajah seorang wanita.

Wanita yang menjadi mangsa itu berkemungkinan perlu menjalani pembedahan untuk memperbaiki wajahnya yang rosak. Menurut berita laporan media tempatan, Isnin (2/7/2012), penyerang yang melakukan perbuatan ala kanibal itu adalah Dong, seorang pemandu bas. Ramai saksi kejadian yang telah menerbitkan gambar-gambar kejadian tersebut di dalam mikroblog.

Dong yang sedang mabuk teruk setelah makan tengahari bersama teman-temannya tiba-tiba berlari di jalanan kota Wenzhou, China. Ia berhenti dan berdiri di hadapan sebuah kereta yang sedang dipandu oleh seorang wanita, bernama Du. Ia kemudiannya meminta perempuan itu supaya berhenti.

 Wanita itu diselamatkan oleh orang ramai.

Penyerang kanibal yang digari oleh polis.

Dong kemudiannya melompat ke atas bumbung kereta dan memukul-mukul kereta tersebut. Oleh erana panik, wanita yang memandu berteriak minta tolong. Ketika dia keluar dari keretanya, Dong terus menangkapnya dan menindihnya di atas jalan raya.

Ketika itulah Dong mula mengigit wajah Du hseingga wajahnya berlumuran darah. Mujur orang ramai turun memberi pertolongan. Pihak polis kemudiannya datang dan menangkap lelaki tersebut dan Du dibawa ke hospital. Doktor berkata dia perlu melakukan pembedahan untuk memperbaiki hidung dan bibirnya yang rosak.

Insiden ini terjadi tidak lama setelah kejadian hampir serupa berlaku di beberapa tempat. Salah satu yang popular adalah kejadian kanibal di Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini. Rudy Eugene ditemui sedang mengunyah daging temannya di pinggir jalan. Ia kemudian terbunuh setelah ditembak mati oleh polis.