Ribuan Harimau Mengamuk Di Kongres FAM

Hampir 5 ribu peminat setia Harimau Malaya yang kebanyakannya terdiri dari kumpulan peminat Ultra Malaya dan Pencinta Bolasepak Malaysia berhimpun di Hotel Royal Raja Chulan Kuala Lumpur sejak jam 9 pagi tadi.

Program atau perhimpunan tersebut dinamakan PFSLJ – Breakfast Gathering bertujuan menyerahkan memorandum kepada presiden FAM sempena kongres FAM ke-8 yang berlangsung di hotel tersebut.

Semestinya gathering tersebut di anjurkan oleh Fan Page Facebook PFSLJ sendiri dan disokong sepenuhnya oleh group bolasepak yang lain.

Perhimpunan yang diadakan ini bertujuan memberitahu ketidakpuasan hati peminat2 bolasepak negara kepada FAM tentang isu2 yang berbangkit. Isu yang utama ialah meminta presiden FAM meletakkan jawatannya yang disandang selama 28 tahun itu.

Terbaru ialah tindakan FAM yang tidak mahu membuat bantahan rasmi kepada AFC berkenaan isu pemain Myanmar yang mengakibatkan pasukan B22 negara gagal melayakkan diri ke pusingan akhir asia cup B22 tahun depan.

Objektif utama ialah ingin menyerahkan memorandum kepada Presiden FAM yang mengandungi segala perkara yang menjadi punca kemerosotan bolasepak Malaysia selama ini.

Agak malang dan mengecewakan kerana FAM hanya menghantar wakilnya iaitu pegawai FAM dan pembantu khas presiden sahaja. Ini menunjukkan FAM masih tidak mengambil berat apa yang cuba disampaikan dan diluahkan oleh peminat2 bolasepak Malaysia.

Memorandum berjaya diserahkan sekitar jam 2 petang tadi. Semoga ada kesedaran dikalangan pegawai atasan FAM jika membaca isi kandungan memorandum tersebut.

Diberitakan bahawa semua penyokong negara ASEAN sekarang membantah tindakan penipuan Myanmar. Baguslah kalau macam tu. Tetapi sekarang peminat Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa Malaysia tidak akan bermain pusingan akhir tahun depan.

*kredit gambar dari IDRBSM