Pilihan Sabah Dibelasah QPR

Pilihan Sabah dibelasah teruk 5 gol tanpa balas oleh kelab Liga Inggeris Queens Park Rangers (QPR) dalam perlawanan persahabatan Asian Tour di Stadium Likas sebentar tadi.

Perlawanan ini menyaksikan Park Ji-Sung yang baru sahaja menjadi milik QPR dilantik menjadi ketua pasukan.
Gol pertama QPR di seawal minit ke-6 dijaringkan dengan tolakan yang mudah oleh Bobby Zamora hasil dari bantuan bola tandukan Anton Ferdinand.
QPR terus menggasak kubu Pilihan Sabah yang ternyata agak kebal. Pemain2 seperti Cisse, Wright Philip dan Bobby Zamora ternyata membuatkan Pilihan Sabah berhempas pulas menahan asakan.
Separuh masa pertama berkesudahan hanya 1 gol sahaja memisahkan Pilihan Sabah dan QPR.

Akhirnya kubu Pilihan Sabah bocor juga pada min ke-64 hasil jaringan Heidar Helguson hasil hantaran lintang Cisse.
Gol ketiga hadir hasil asakan Joy Bothroyd di pintu gol Pilihan Sabah pada min ke-70. 

Akhirnya Cisse berjaya menempatkan diri sebagai penjaring gol ke-4 pada min ke-74 dan ia merupakan satu jaringan sepakan lambung yang sungguh cantik.
Cisse menambahkan derita Pilihan Sabah dengan gol ke-5 QPR pada min ke-82 selepas merembat kencang pada jarak 16 meter untuk menewaskan penjaga gol sabah.
Jom layan highlight match