Penyampaian Piala Liga Di Wisma FAM buat Red Warriors Berang

Kelantan sudah pun mengesahkan piala Liga Super adalah milik mereka 7 Julai yang lalu.

Isu yang timbul sekarang ialah  FAM telah membuat keputusan untuk menganugerahkan piala tersebut di Wisma FAM pada 20 Julai ini. Apakah rasionalnya tindakan FAM itu?

Semestinya sebagai pasukan bolasepak adalah amat bermakna untuk merangkul piala tersebut di stadium bersama peminat-peminat kesayangan mereka.

Berikut adalah petikan dari luahan rasa Tan Sri Annuar Musa


Saya terkejut dan merasa amat dukacita apabila diberitahu PIALA LIGA SUPER hanya akan disampaikan pada hari jumaat 20 julai jam 3 ptg di WISMA FAM…bukan saja tarikh itu SANGAT TIDAK SESUAI MEMANDANGKAN TRW TERLIBAT DLM PERLAWANAN DGN QPR PADA HARI YG SAMA..IA JUGA HARI TERAKHIR MENJELANG PUASA YG MENGHADKAN SEBARANG ACARA SAMBUTAN..JOHAN DAN NAIB JOHAN SUDAH DI KETAHUI SEAWAL 7HB JULAI JADI MENGAPA HARUS MENUNGGU DUA MINGGU??PENYAMPAIAN PIALA PATUT DIBUAT DI PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER DI KOTA BHARU DAN SPORE..hadiah lain bolehlah dikemudiankan..SAYA TAK DAPAT MEMAHAMI KENAPA INI DILAKUKAN?..APAKAH KERANA KELANTAN YG MEMENANGINYA??WALLAHUAKLAM!!YES…WHY ALWAYS US??

S. Subramaniam sangat kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang hanya akan menyampaikan piala Liga Super di pejabat mereka di Wisma FAM.

Menurut pemain ini dalam laman sosial Facebook, pasukan Kelantan bermain seperti orang gila selama tujuh bulan untuk memenangi kejuaran Liga Super.

Pemain Kelantan membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang lebih baik dari pasukan lain walaupun menghadapi pelbagai masalah sepeti kecederaan, pengantungan perlawanan, kesukaran, tekanan dan kekurangan pemain penting.

Mereka berjaya mengharungi semua masalah untuk memenangi kejuaraan liga tetapi FAM pula hanya mengadakan majlis memberi piala di dalam bilik pejabat, jelasnya.

Semestinya pemain-pemain Red Warriors sendiri merupakan individu yang paling terasa dengan keputusan FAM ini.

S.Subramaniam sebagai contoh meluahkan perasaannya di Facebook. Beliau ternyatakan begitu sedih dan berharap FAM dapat memahami perasaan seseorang pemain dan bertindak menghormati semua pemain yang telah mengharungi musim panjang untuk mendapatkan kemenangan.

Sesungguhnya FAM tidak patut mengambil ringan perkara seperti ini. Cukuplah kontroversi yang sentiasa ada. Lagi di kritik lagi tinggi egonya. FAM oh.. FAM