Pecah gegendang telinga ditampar senior

ALOR SETAR 9 Julai – Hanya kerana tidak menegangkan cadar katil senior, seorang pelajar tingkatan satu berkemungkinan mengalami masa depan yang gelap kerana tidak boleh mendengar dengan sempurna setelah ditampar hingga pecah gegendang telinganya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi pada Khamis lalu itu, mangsa yang belajar di sebuah sekolah di Jalan Langgar di sini, dibuli dan dipukul oleh dua pelajar senior tersebut dalam asrama sekolah.

Nor Hapizah Putih, 39, mendakwa, insiden menimpa Mohd. Hazim Mohd. Zaid, 13, yang tinggal di asrama sekolah itu, disedari setelah anaknya mengadu sakit telinga Khamis lalu.

Katanya, Mohd. Hazim bagaimanapun tidak memaklumkan kisah sebenar dibuli oleh pelajar senior sekolah itu.

“Ketika dia (Mohd. Hazim) pulang ke rumah Sabtu lalu, dia masih mengadu sakit telinga lalu saya terus bawa dia ke klinik. Hasil pemeriksaan, doktor beritahu gegendang telinga dia pecah mungkin disebabkan anak saya dipukul atau ditampar dengan kuat.