Park Ji-Sung Ikat Kontrak 2 Tahun Bersama QPR

LONDON – Park Ji-Sung akhirnya secara rasmi bermain untuk Queens Park Rangers pada musim depan. Ji-Sung yang meninggalkan Manchester United diikat oleh QPR selama dua tahun.

Dikhabarkan pemain berasal dari Korea Selatan tersebut akan mendapatkan bayaran sebanyak 2.5 juta pounds dari kelab barunya tersebut di musim 2012-2013. Park sendiri mengaku gembira dengan perpindahannya itu dan menilai bahwa QPR memiliki  cita-cita yang hebat di musim mendatang.

“QPR adalah kelab yang memiliki nilai sejarah dan tradisi yang cukup hebat. Kelab ini juga memiliki cita-cita yang besar untuk mendapatkan tempat pada level tertinggi,” ungkap Park seperti dilaporkan ESPN, Selasa (10/7/2012).

“Saya tak boleh menolak tawaran yang mereka tawarkan. Memang ada tawaran dari kelab yang lain, namun bagi saya duit bukanlah yang terpenting. Ini semua adalah persoalan masa depan,” sambungnya.

Jurulatih Mark Hughes sendiri sangat senang dengan kehadiran Park ke kelab yang dimiliki oleh Tony Fernades yang merupakan pemilik Air Asia itu. Hughes menyatakan bahawa dirinya begitu kagum sejak sekian lama pada Park Ji-Sung.

“Ji-Sung merupakan salah satu pemain yang saya kagumi selama beberapa tahun ini. Saat dirinnya masih bersama Manchester United,” kata Hughes.

Perpindahan Park ke QPR memang cukup mengejutkan banyak pihak. Ini disebabkan, tidak ada khabar yang menyatakan bahawa pemain yang telah menjaringkan 19 gol bagi United ini akan meninggalkan Old Trafford dalam masa terdekat ini.