Ong Kim Swee Panggil Senior Bantu Harimau Muda

Amri Yahyah, kapten Perak Shahrulnizam dan Negeri Sembilan, Shukor Adan disenaraikan dalam pasukan Harimau Muda dalam saingan Piala Java.

Ong Kim Swee hari ini telah menyenaraikan pemain Liga Malaysia yang akan menyertai pasukan Harimau Muda dalam saingan Piala Java pada bulan ini.

16 pemain Harimau Muda beserta Amri Yahyah, Ramez Dayoub (Selangor), Shahrulnizam, Michal Kubala, Hisyammudin (Perak), Mohd Azrif Nasrulhaq (PKNS), Christie jayaseelan (ATM), Shukor Adan (Negeri Sembilan) akan dipanggil untuk bersama skuad bimbingan Ong Kim Swee untuk menentang Galatasaray.

Piala Java 2012 akan disertai juga oleh Indonesia, kelab Liga Perdana Inggeris, Everton dan juga kelab Turki, Galatasaray.

Harimau Muda dijadualkan akan bertemu Galatasaray di Jakarta pada 26 Julai ini.