Nazmi Semakin Serasi Bersama Beira Mar

Nazmi Faiz semakin serasi bersama pasukan barunya di liga portugal.

Perkembangan terbaru ini memberi impak positif dalam kerjayanya setelah mendapat kepercayaan dari jurulatih Ulisses Morais untuk menurunkan beliau dalam kesebelasan utama sekali lagi. Nazmi diturunkan pada minit ke-30 sehingga tamat perlawanan.

Terbaru SC Beira Mar telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Divisyen Dua Portugal (Liga de Honra), Oliveirense dalam kempen pra-musim mereka menjelang sepak mula Liga Portugal (Super Liga) pada 19 Ogos 2012.

SC Beira-Mar berjaya memenangi Fornos de Algodres Cup setelah menewaskan Oliveirense semalam menerusi sepakan penalti 4-3 setelah permainan berkesudahan seri 0-0. Perlawanan yang sepatutnya dimenangi oleh Beira Mar dalam masa 90 minit terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah Balboa penyerang Beira Mar gagal menyempurnakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Baki 6 perlawanan pra musim Beira Mar seperti dibawah sebelum mereka memulakan sepak mula perlawanan pembukaan Portugal Super Liga, Beira Mar akan menentang Académica Coimbra.

July 28 – 18:00 Academic – Beira-Mar (Estádio Municipal Sérgio Conceição, Taveiro)

July 31 – 19:30 Anadia – Beira-Mar (Municipal Stadium Anadia)

August 3 – 17:00 Beira-Mar – Estoril (Estádio Municipal de Aveiro)

August 6 – 19:30 Beira-Mar – Valladolid (Estádio Municipal de Aveiro)

August 10 – 19:30 Estoril – Beira-Mar (Stadium of Coimbra Antonio Mota, Estoril)

August 11 – 16:00 Mafra – Beira-Mar (Stadium Dr. Mario da Silveira, in Mafra)