Mamat Sepah Samseng Di Twitter?

Ingat kisah kemalangan Zed Zaidi awal hari semalam yang rupa rupa’nya sekadar babak lakonan sebuah drama? Berita tidak benar ini dimulakan oleh Mamat Sepah.

Mamat Sepah melalui akaun Twitter beliau mengirimkan gambar ‘kemalangan’ Zed Zaidi awal pagi semalam yang telah mencetuskan keadaan panik di’kalangan media & peminat.

Walaupun gambar tersebut telah disahkan tidak benar, Mamat Sepah tidak mengambil langkah untuk meminta maaf atas ketelanjuran beliau menyebarkan gambar itu.

Beberapa orang peminat & individu dari pihak media menegur perbuatan Mamat Sepah itu namun pelawak ini mengambil jalan untuk melatah dan berlagak samseng.

Ini termasuklah menghamburkan kata carutan terhadap seorang wartawan, Hazrey selain mengajak yang lain untuk bertemu & menyelesaikan perkara ini cara samseng.

Anda boleh lihat semua tulisan beliau di Twitter di’bawah dan rasanya jika Mamat Sepah lebih bersifat terbuka & membuang ego untuk meminta maaf, perkara sebegini tidak akan berpanjangan