Malaysia Tewas Pada Pasukan Terlebih Umur

Nampaknya semua peminat setia bolasepak Malaysia malam ini dikecewakan lagi dengan satu kekalahan tunggal yang memusnahkan segalanya.

Pasukan kontroversi Myanmar yang mempunyai 8 pemain lebih umur berjaya menewaskan pasukan negara dengan 2-1. Myanmar berjaya mengawal setiap sudut padang berjaya mengucar kacirkan pertahanan Malaysia yang agak goyah malam ini.

Dua gol hasil jaringan Kaung Si Thu iaitu pemain yang terlebih umur berjaya meranapkan impian pasukan negara. Malaysia mendapatkan beberapa peluang pada babak kedua namun peluang yang terhidang gagal disudahi oleh pemain negara seperti Hazwan Bakri.

Gol saguhati pada hujung babak perlawanan berjaya diperolehi menerusi sepakan penalti oleh penyerang sensasi negara Rozaimi untuk menambahkan koleksi golnya yang kesepuluh. Namun dalam baki beberapa minit, tiada apa yang mampu dibuat oleh pasukan ini.

Menurut pengurus pasukan Dato Afandi Hamzah, Malaysia telahpun membuat aduan kepada AFC berkenaan umur pemain Myanmar seperti Kaung Si Thu yang sudah berumur 25 tahun.

Profile Kaung Si Thu di Yangon United website.

Malaysia perlu menunggu sehingga semua kumpulan menghabiskan baki perlawanan untuk menentukan tempat ketiga terbaik. Walaubagaimanapun, peminat Malaysia seringkali akan dikecewakan pada perlawanan penting!