Malam Tentukan Pasukan Playoff

Empat pasukan akan bersaing untuk kekal dalam Liga Super Malaysia dalam pusingan terakhir kempen mereka nanti.

Pusingan kalah mati untuk mengelakan penyingkiran yang Liga Super Malaysia akan menjadi inspirasi untuk pasukan di bawah liga untuk meningkatkan permainan mereka dalam perlawanan terakhir nanti.

Hanya 12 pasukan akan bersaing dalam Liga Super musim hadapan dan persetujuan pasukan Singapura LIONSXII yang tidak boleh disingkir ke Liga Premier bermakna tiga pasukan dari Liga Super dan naib juara Liga Premier akan bersaing untuk satu tempat dalam perlawanan kalah mati nanti. Ini tidak termasuk pasukan terakhir liga, Kuala Lumpur FA, yang telah lama mengakhiri saingan mereka.

Sarawak, Kedah dan Sabah berada dalam zon penyingkiran tetapi pasukan Bujang Senang mempunyai harapan untuk mengelakan pusingan kalah mati untuk menentukan tempat di Liga Super musim hadapan.

Mereka menghadapi Kelantan yang telahpun menjamin kejuaraan dan jika pasukan Sarawak mampu mencatatkan kemenangan kejutan, keputusan perlawanan PKNS, Johor FC dan Felda United yang kini dua mata dihadapan mereka akan diambil kira.

Selangor pula akan serta dalam Piala AFC musim hadapan selepas menjamin tempat ketiga akibat pasukan LIONSXII di tempat kedua yang tidak layak mewakili Malaysia.

Perlawanan terakhir Liga Super Malaysia

LIONSXII vs Johor FC
PKNS FC vs T-Team
Kelantan vs Sarawak
Kedah vs Felda United
Kuala Lumpur vs Perak
Sabah vs Negri Sembilan
Terengganu vs Selangor