Liga Super: Kedah atasi Terengganu

KEDAH melakukan kejutan apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 pada perlawanan  bola sepak Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Kegembiran Terengganu yang berjaya memperolehi gol seawal minit kedua menerusi  Mohd Muslim Ahamad tidak kekal lama apabila penyerang Kedah, Mohd Khyril Muhymeen menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

Badrol Bakhtiar menambah duka pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-68.

Turut mengutip tiga mata pada malam ini ialah Sarawak apabila mengalahkan Johor FC 3-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Gol Sarawak hadir pada babak kedua perlawanan apabila Yusri Derma Raju menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52 diikuti dengan oleh Guy Bwele (59) dan Zamri Morshidi pada minit ke-64 manakala gol saguhati Johor FC disumbangkan oleh Mohd Haris Safwan pada minit ke-71.

Pasukan tercorot, Kuala Lumpur pula tewas 2-4 kepada Sabah di Stdium Likas, Kota Kinabalu.

Gol pasukan Sabah dijaringkan Razid Gapar minit ke-11, Shahrudin Yakub (53′), Radzi Mohd Hussin (77′) dan Leopold Alfonso  pada minit ke-88.

Manakala Zakaria Charara dan Muhd Afiq Azmi masing-masing menyumbang satu gol kepada pasukan Kuala Lumpur pada minit ke-73 dan minit ke-82.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Felda United menang tipis 1-0 kepada T-Team manakala Selangor PKNS menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Super malam ini:
 
    Sarawak        3        Johor FC       1
 
    T-Team         0        Felda United   1
 
    PKNS FC        2        N.Sembilan     1
 
    Kedah          2        Terengganu     1
 
    Kuala Lumpur   2        Sabah          4