Korban Terbakar Di rumah Baru

JOHOR BAHRU: “Kami baru berpindah ke rumah ini semalam (kelmarin) dan kami sungguh tak sangka, ia berakhir dengan tragedi apabila Amin meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran,” kata Nur Nadiah Abdul Samad, 25, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Permas 2/2, Permas Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi itu, anak bongsu Nadiah, Muhammad Aminuddin Mohd Nor Idris atau Amin yang berumur setahun 11 bulan, terperangkap dalam biliknya apabila tingkat satu rumah itu terbakar.

 

SEMBUR AIR…anggota bomba berusaha memadam saki-baki bara di rumah mangsa, semalam.

SELAMAT…Zabidah Ngliman bersama cucunya, Nur Aisyah dan Muhammad Amirul yang terselamat.

Bagaimanapun, Nadiah dan dua lagi anaknya, Nur Aisyah Nadirah, 4, serta Muhammad Amirul Hakim, 6, berjaya menyelamatkan diri.

Mengimbau kejadian menyayat hati itu, Nadiah yang menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas Jaya, Datuk M Munusamy berkata, dia baru selesai mandi, manakala Aisyah dan Amirul pula menonton televisyen.