Kedah mahu kekal di Liga Super

Dengan hanya tiga perlawanan lagi untuk dimainkan musim ini, Kedah kini berada di tangga ke-12 di Liga Super.

Kedah kini mempunyai 25 mata selepas menang enam, seri tujuh dan ditewaskan 10 kali. Sabah juga mempunyai 25 mata dan berada satu tangga di bawah mereka, diikuti dengan Kuala Lumpur yang sudah pun tersingkir daripada Liga Super.

Pemenang Liga Premier akan layak ke Liga Super musim depan secara automatik, manakala naib juara akan bersaing dengan pasukan di tangga 11, 12 dan 13 dari Liga Super untuk satu lagi tempat.

Skuad Kedah musim ini kelihatan jauh berbeza daripada skuad Kedah yang menang tiga trofi pada tahun 2007 dan 2008.

Dan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar, yang juga merupakan sebahagian daripada dua skuad itu, mengakui mereka mesti meningkatkan prestasi mereka.

“Kami tidak menunjukkan prestasi yang baik di Liga Super musim ini…tetapi terdapat beberapa pemain, termasuk pemain import kami yang mengalami kecederaan,” beliau berkata.

“Jadi kami sedang bermain di Liga Super dengan beberapa pemain simpanan.”

Pemain-pemain import Kedah adalah Vedran Gerc daripada Croatia dan pemain berasal dari Perancis Abdel Fatah Safi.

“Sukar untuk kami kekal di Liga Super jika kami tidak meragut mata penuh daripada tiga perlawanan terakhir kami,” kata Baddrol.

Kedah akan bertemu Negri Sembilan, Perak dan Felda United di tiga perlawanan terakhir mereka.

Baddrol, kapten pasukan Sukan SEA tahun lalu yang berjaya menang pingat emas, mengakui “amat memalukan jika mereka tersingkir.”

“Saya harap ia tidak berlaku,” kata beliau berkata.