Katrina paling seksi

PELAKON filem Bodyguard, Katrina Kaif dinobatkan sebagai wanita paling seksi di dunia dalam satu tinjauan pendapat yang diadakan dalam kalangan pembaca majalah FHM India pada tahun ini.

Digital Spy melaporkan aktres yang berusia 28 tahun itu berjaya mengenepikan pelakon-pelakon popular termasuklah Angelina Jolie dan Megan Fox.

Katrina yang memegang status tersebut sebanyak empat kali sangat teruja dengan pemilihan tersebut kerana peminat bukan sahaja memilihnya kerana kecantikan luaran bahkan turut memiliki kecantikan dalaman.

“Saya sangat gembira dengan pemilihan ini kerana ia bererti peminat tidak hanya memilih berdasarkan fizikal. Mereka melihat saya secara keseluruhan.

“Seksi itu bukan soal cara berpakaian yang terdedah. Bagi saya, paling seksi dan menarik adalah ketika mengenakan sari dan tanpa mekap,” kata Katrina yang lahir di Hong Kong.

Katrina yang merupakan warga Britain pernah mendapat gelaran itu tersebut pada 2008, 2009 dan 2010.