Harimau Muda Terluka

Harimau Muda yang tempang tanpa pemain tonggak tewas 1-0 kepada Courts Young Lions dan Ong Kim Swee dibuang padang malam ini di Stadium Jalan Besar.

Selepas kemenangan 2-0 ke atas Tanjong Pagar minggu lepas, Harimau Muda tampil tempang tanpa kehadiran Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, Gary Robbart, Nazmi Faiz, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Thamil Arasu malam ini.

Pada pertemuan pertama mereka sebelum ini, Young Lions telah tewas 3-1 kepada Harimau Muda dengan dua gol dijaringkan oleh Nazmi Faiz.

Young Lions telah memulakan perlawanan dengan baik dengan beberapa asakan dan percubaan berbahaya.
Asakan Young Lions ternyata membuahkan hasil selepas mereka berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-29 oleh Jonathan Toto.

Harimau Muda gagal untuk bangkit selepas bolos dan masih kelihatan cuba mencari rentak dalam perlawanan.

Pengadilan perlawanan menghampakan kedua-dua pasukan dan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee telah dibuang pada beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat selepas beliau bertengkar dengan pengadil.

Keputusan separuh masa pertama kekal Young Lions 1-0 Harimau Muda.

Penjaga gol Harimau Muda terus dicabar serangan Young Lions sejurus separuh masa kedua bermula. Seperti terdapat kekurangan dalam persembahan Harimau Muda tanpa tonggak-tonggak utama mereka.

Kombinasi Syahrul Azwari dengan Saarvindran kurang menjadi malam ini akibat kurang sokongan dari tengah yang dikuasi oleh Gary Robbart pada perlawanan sebelum ini.

Harimau Muda cuba mengasak pada minit ke-60 hasil percubaan oleh Fandi Othman tetapi tidak berjaya. Pada minit ke-71 Saarvindran telah diganti oleh Ferris Danial.

Perlawanan semakin sengit dengan Harimau Muda yang kelihatan tertekan apabila berlaku pertengkaran antara Affize Faisal dengan Shahfiq Ghani pada minit ke-68. Shahrul Saad kemudian dilayangkan kad kuning selepas mengasari Jonathan Toto.

Young Lions tidak memberi peluang kepada Harimau Muda dan terus mengasak pada 15 minit terakhir perlawanan.

Harimau Muda bagaimanapun tidak berputus asa dan cuba untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi gagal mengawal perlawanan dan menemui rentak yang betul.

2 Replies to “Harimau Muda Terluka”

Comments are closed.