Harimau Muda Sambung Tugas

Harimau Muda kembali beraksi di Liga Singapura apabila mereka menentang Tanjong Pagar United malam esok di Stadium Queenstown.

Pasukan Ong Kim Swee telah tersingkir dalam siatuasi penuh kontroversi di pusingan kelayakan Piala AFC B-22 dengan kedudukan ketiga di kumpulan G belakang Korea Selatan dan pasukan tuan rumah Myanmar.

Mereka kini harus cuba melupakan kekecewaan itu dan alihkan tumpuan mereka kepada Liga Singapura, di mana mereka berada di tangga keenam, tujuh mata di belakang pasukan pertama Albirex Niigata dan dengan tiga perlawanan dalam tangan.

Harimau menuju ke perlawanan malam esok tanpa pemain-pemain utama Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam, yang sedang menjalani ujian bersama FC Ryukyu, kelab divisyen tiga di Jepun. Ong juga harus bermain baki musim ini tanpa khidmatan Nazmi Faiz Mansor, yang telah menyertai kelab Liga Perdana Portugal S.C Beira-Mar.

Walaubagaimanapun, para penyokong akan mendapat peluang melihat bintang muda terkini Ariff Farhan yang berumur 16 tahun. Beliau mungkin akan membuat penampilan pertamanya setelah disertakan dalam skuad Harimau Muda di liga.

Jurulatih Tanjong Pagar, Terry Pathmanathan tidak mahu mengulangi keputusan buruk di pertemuan mereka bersama Harimau Muda empat bulan lalu. Tanjong Pagar ditewaskan 3-0 oleh anak buah Ong Kim Swee di perlawanan itu dan kini tanpa ketua pasukan mereka Delwinder Singh, yang sedang beraksi dengan pasukan Singapura B-22. Ini bermakna Pathmanathan tidak akan mempunyai pemain yang sering memperkukuhkan benteng pertahanannya.