Harimau Muda Lepas Geram

Kecewa dengan kegagalan di Kelayakan Sukan Asia yang lalu, Harimau Muda lepas geram di Liga S.

Permainan sememangnya kepunyaan  pasukan muda negara. Tanpa kelibat pemain utama seperti Wan Zack, Wan Zahirul dan semestinya pemain yang telah berhijrah ke Liga Portugal iaitu Nazmi Faiz, pasukan Ong Kim Swee ini tetap menunjukkan belang dengan serangan yang diketuai oleh Ahmad Hazwan dan D. Saarvindran.

Penyerang D Saarvindran terlebuh dulu mula menguji pintu gol Tanjung Pagar dengan cubaan-cubaan yang merbahaya.

Gol pertama yang dicari berjaya diperolehi hasil jaringan Ahmad Hazwan pada min ke-28.

Hazwan, Affize dan Saarvindran kerap kali menghuru-harakan pintu gol Tanjung Pagar. Separuh masa pertama Harimau Muda mendahului dengan 1-0.

Pasukan muda negara bermain cantik pada separuh masa kedua. Gandingan tengah Gary Steven dan Affize Faizal membuatkan kawasan tengah milik negara.

Fadhli Shah membuat percubaan pada min ke-58 tetapi tersasar.

Walaupun Ahmad Hazwan mensia-siakan peluang pada min ke-47 namun jaringan kedua berjaya diperolehi pada min ke-62 oleh D. Saarvindran.

Izham Tarmizi yang begitu cemerlang mengawal pintu gol mengalami kecederaan pada min ke-73 dan dikeluarkan oleg Ong Kim Swee pada min ke-90.

Harimau Muda menguasai permainan sehingga tamat masa perlawanan. Harimau Muda mempunyai harapan yang cerah untuk menjuarai liga dengan kemenangan ini.

Barisan pemain:

Mahali, Fadhli, Saarvindran (Ferris Daniel), Shahrul Saad, Gary, Nazirul Naim, Fandi, Syahrul Azwari, Izham (Farhan), Affize, Hazwan (Thamil Arasu)