Harimau Muda Bersedia Harungi Java Cup

Harimau Muda sudah bersedia. Seramai 24 pemain termasuk 7 pemain senior telah dipanggil untuk menghadapi kelab eropah Galatasaray di pertandingan yang diadakan di Indonesia itu.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee nampaknya tidak sabar untuk menentang kelab gergasi Turki, Galatasaray FV dalam Piala Java.

Piala Java 2012 akan berlangsung pada 23 hingga 30 Julai ini di Jakarta.

Pasukan Malaysia itu dan Galatasaray adalah sebahagian daripada empat pasukan yang beraksi dalam Piala Java termasuk pasukan Indonesia dan pasukan Liga Perdana Inggeris, Everton FC.

“Ini adalah satu pengalaman sekali seumur hidup untuk beraksi dengan Galatasaray dan ini satu pendedahan yang baik untuk pemain muda,” kata Kim Swee.

“Kami tidak akan mendapat masa yang banyak untuk membuat persediaan bagi perlawanan dengan Galatasaray memandangkan esok kami akan ke Singapura untuk Liga Singapura.

“Kami hanya akan mempunyai dua hari untuk bersedia bertemu Galatasaray dimana kami berharap dapat menggabungkan beberapa pemain senior yang kami telah senaraikan untuk Piala Java ini.”

Selain 16 pemain Harimau Muda, Kim Swee juga telah menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman untuk mengukuhkan pasukan.

Katanya, beberapa pemainnya telah dipanggil K.Rajagobal jadi beliau harus mencari jalan penyelesaian yang lain.

Antara yang lain telah dipanggil adalah bekas pemain kebangsaan, Shukor Adan, Amri Yahyah dan Shahrulnizam begitu juga beberapa pemain import seperti Michal Kubala dan Ramez Dayoub.