Harimau mahu ubati penyakit lama

BARISAN Harimau Malaya sekali lagi akan diuji malam ini menentang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada Siri Jelajah Asia Manchester City di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Biarpun prestasi semasa ketika tewas 2-1 kepada Arsenal Selasa lalu begitu amat mengecewakan terutama lima minit terakhir peminat, namun jika Safee Sali dan rakan mampu mencakar anak buah The Citizens jika memperbaiki beberapa kelemahan pada perlawanan itu.

Sementara anak buah Roberto Mancini, yang masih dibuai mimpi kejayaan menewaskan Arsenal, 2-0 pada aksi terkahir semasa kunjungan ke Beijing, China, pastinya mahu menamatkan saingan latihan pramusim di beberapa negara Asia dengan noktah kemenangan.

Ikuti analisis prestasi skuad Harimau Malaya khasnya kelemahan yang perlu diberikan perhatian serius menjelang pertemuan menentang Manchester City, malam ini.

Pertahanan: Mudah bolos asakan bertubi

Pemain pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Razak yang konsisten semasa melayan kunjungan The Gunners perlu dikekalkan sepanjang tempoh 90 minit, di samping menyokong kekebalan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias daripada ancaman Carlos Tevez dan rakan.

Tengah: Selesa apabila mendahului

Aksi Kapten  Harimau Malaya, Safiq Rahim yang banyak membuka peluang pada barisan serangan perlu lebih banyak mengandakan asakan, di samping tengah Sabah, Rozaimi Abd Rahman dan Gary Steven Robbat yang perlu diletakan dalam kesebelasan uama tidak terlalu selesai apabila Harimau Malaya mendahului.

Serangan: Penyudah tidak sempurna

Bahagian diketuai penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali perlu memastikan setiap peluang depan pintu gol pelawat diterjemahkan dengan sempurna. Kegagalan menyempurnakan beberapa peluang terhidang semasa menentang Arsenal tempoh hari menceritakan bahawa masih banyak yang perlu diperbaiki mala mini jika mahu menang.

Barisan kemungkinan Malaysia:

Penjaga gol

Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan)

Pertahanan

S Subramaniam (Kelantan)

S Kunanlan (Negeri Sembilan)

Muslim Ahmad (Terengganu)

Mahali Jasuli (Harimau Muda A)

Fadhli Mohd Shas ( Harimau Muda A)

Tengah Azmi Muslim (ATM)

Gary Steven Robbat  (Harimau A)

Shakir Shaari (Kelantan)

Mohd Safiq Rahim (Selangor) Ketua Pasukan

Serangan Rozaimi Abdul Rahman (Sabah), Safee Sali (Pelita Jaya FC)