Giggs sedia untuk Olimpik

Stadium yang sama – tetapi semua yang lain akan rasa berbeza untuk Ryan Giggs apabila beliau memimpin Pasukan GB di perlawanan pembukaan menentang Senegal.

Giggs telah beraksi di Old Trafford selama 20 tahun.

Hanya sekali pemain berusia 38 tahun pernah bermain di Old Trafford tanpa memakai jersi Manchester United.

Kali itu, beliau mewakili Wales di perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang England pada Oktober 2004.

Malam ini (Khamis), beliau akan memakai jersi pasukan GB, dan beliau mengakui ia akan menjadi pengalaman yang baru untuknya.

“Saya akan rasa janggal,” beliau berkata.

“Ia pernah berlaku apabila saya bermain untuk Wales menentang England. Tetapi kerjaya saya adalah bermain untuk United di hadapan penyokong United di Old Trafford. Ini agak berbeza untuk saya.”

Pemain tengah pasukan GB Tom Cleverley, yang seperti Giggs juga bermain untuk United, percaya pasukan GB mempunyai kualiti untuk meninggalkan kesan yang hebat di pertandingan itu.

“Ada cukup kualiti dalam pasukan ini,” beliau berkata.

“Semuanya terdapat dalam skuad ini; pemain muda, pemain berpengalaman, semangat, kelajuan, keupayaan teknikal dan seorang pengurus yang baik.

“Tidak ada sebab mengapa kami tidak boleh pergi jauh.

“Ia adalah sebuah pertandingan yang sukar tetapi jika kami bekerja keras dan berikan persembahan yang diperlukan, saya yakin kami boleh mendapat pingat.”