Giggs kecewa Becks tak dipilih

Ryan Giggs mengakui beliau kecewa David Beckham tidak akan beraski bersamanya di Sukan Olimpik untuk pasukan Great Britian.

Bekas kapten England Beckham telah pun berkata beliau kecewa tidak dipilih untuk skuad Stuart Pearce, dengan bekas pengurus Manchester City itu memilih Giggs, Craig Bellamy dan Micah Richards sebagai tiga pemain yang atas umur 23 tahun.

Giggs bermain bersama Beckham di Manchester United selama 10 tahun sebelum Beckham memindah ke Real Madrid pada tahun 2003.

Giggs memberitahu BBC ONE: “Jelas sebagai bekas rakan pasukan David dan sebagai sahabatnya, saya simpati untuknya, tetapi beliau akan teruskan kerjayanya.

“Ia adalah tugas Stuart Pearce untuk memilih pasukan yang beliau rasa akan menang dan beliau telah membuat demikian. Malangnya David tidak dipilih.

Giggs tidak pernah bermain di sebuah pertandingan antarabangsa untuk Wales dan tidak sabar untuk beraksi untuk pasukan GB.

Beliau menambah: “Saya sangat teruja. Untuk tiba di London dan menikmati suasana Olimpik, ia sangat hebat dan saya tidak sabar.”