Garuda Muda Bakal Bertemu Harimau Muda Pengganti Java Cup

JAKARTA – Pasukan Indonesia U-23 Selection menyatakan akan tetap serius perlawanan persahabatan bertemu Malaysia Selection. Pembantu jurulatih, Widodo Cahyono Putro, mengatakan, pertemuan yang akan berlangsung, Jumaat (27/7/2012) itu, akan dimanfaatkan untuk menambah pengalaman skuad “Garuda Muda”.

Pasukan Malaysia Selection akan tetap berada di Indonesia, meskipun perlawanan Java Cup 2012 rasmi dibatalkan oleh pihak penganjur, Khamis (26/7/2012). Namun, skuad asuhan Ong Kim Swee itu, hanya akan melakukan sparing match dengan Andik Vermansyah dan kawan-kawan.

“Saya berharap anak-anak tetap serius (lawan Malaysia Selection), kerana ini bagus untuk menambah pengalaman anak-anak,” ujar Widodo ketika dihubungi wartawan di Jakarta, Khamis (26/7/2012).

Widodo memberitahu, menghadapi negara jiran itu, pihaknya akan menurunkan pemain yang sebelumnya bermain di Kelayakan Kumpulan E Piala Asia beberapa waktu lalu. Ini disebabkan, sebahagian besar skuad tersebut akan dikekalkan untuk Sea Games 2013 di Myanmar nanti.

“Kami latihannya fokus ke strategi. Saya yakin anak-anak sudah menyatu dan paham dengan pola permainan pelatih. Untuk komposisi pemain nanti jurulatih (Aji Santoso) yang akan menentukan,” tegas Widodo.

Difahamkan perlawanan ini akan diadakan secara tertutup untuk keselamatan kedua-dua pasukan terutama Malaysia.