Everton Sah Tarik Diri Dari Java Cup


Selepas Galatasaray, kini kelab EPL Everton pula yang menarik diri dari pertandingan Java Cup yang akan berlangsung 26 Julai ini.

Difahamkan Everton tidak menerima maklum balas berkenaan kelab pengganti Galatasaray dan mereka juga mendapat perkabaran kelab dari Uruguay iaitu Nacional menolak pelawaan penganjur Java Cup.
Everton juga agak terkilan kerana pihak penganjur tidak memberikan maklum balas tentang keselamatan pasukan mereka di Indonesia ketika kejohanan berlansung.
Agak pelik kerana Indonesia yang telah membuat keputusan untuk menggantikan pasukan utama mereka tidak memberitahu kepada Everton tentang perkara ini.
Pasukan Harimau Muda Malaysia sekarang sedang giat berlatih disana. Ong Kim Swee juga dikhabarkan agak bingung tentang siapa lawan Harimau Muda pada pertandingan ini.