Cruzeiro Ikat Kumaahran


Masih ingatkah artikel ini?

Kumaahran Sathasivam yang berasal dari Pulau Pinang berjaya menunjukkan kebolehannya setelah berpeluang mengikuti kem latihan sebulan di kelab tersebut bersama 3 lagi pemain pada Ogos tahun lalu.

Kumaahran sekali lagi dipanggil untuk trial terakhirnya pada bulan Mac lalu.

Kumaahran seorang pemain tengah yang berumur 16 tahun dikatakan mungkin akan menjadi anak Malaysia yang pertama bermain di kelab Brazil. Selepas itu berita mengenai beliau sepi begitu sahaja.

Setelah mencuba dan menunggu sejak sekian lama, akhirnya Cruzeiro akan memberi kontrak kepada Kumaahran untuk bermain dalam skuad bawah 17 tahun mereka.

Oktober ini Kumaahran dijangkan akan bertolak ke Brazil dan menandatangani kontrak bersama kelab terkemuka di Brazil itu.

Tahniah Kumaahran!