Bukti Ghaddar Menumbuk Saya Di Youtube – Bunyamin Omar

Kejadian penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar menumbuk pemain Selangor, Bunyamin Omar ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, 29 Jun lalu, memang berlaku dan kejadian itu bukan sengaja direkanya.

“Buktinya ada dalam laman Youtube yang mana sebelum insiden saya menumbuk Ghaddar, tangannya terlebih dulu hinggap ke muka saya. “Terpulang kepada penyokong dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menilai sama ada apa yang saya katakan benar atau tidak,” kata Bunyamin, semalam.

Dalam pada itu, penyokong The Red Warriors menyifatkan tindakan pemain Selangor, Bunyamin Umar sebagai tidak profesional kerana melayan kerenah pemain import Kelantan, Mohamed Ghaddar dengan kekasaran.

Pemain itu juga hanya bersuara selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Tindakan Bunyamin yang melayan provokasi yang didakwa dilakukan Ghaddar itu tidak mencerminkannya sebagai pemain profesional, malah tindakannya menumbuk penyerang import Kelantan itu mencemarkan imej pasukan sendiri,” kata Ketua Kelab Penyokong The Red Warriors Wilayah Selatan, Faiz Amirul Mohd Fauzi (gambar) di Kota Bharu, semalam.

“Mengapa baru sekarang dia (Bunyamin) nak mengeluarkan kenyataan. Mengapa tidak dari dulu dia menceritakan kejadian sebenar. Kita kesal kerana dia masih menggunakan media untuk menunjukkan bukti sedangkan siasatan perlu diserahkan kepada FAM.

“Ghaddar hanya berdiam apabila menerima kekasaran daripada pemain pasukan lawan malah hanya menyambut dengan senyuman.

“Namun Bunyamin membalas tumbukan apabila tidak tahan dengan provokasi Ghaddar. Ini mencerminkan dia (Bunyamin) bukan pemain profesional,” katanya.

Sebagai pemain professional, katanya, Bunyamin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kepada media sebaliknya hanya perlu menyerahkan bukti kepada FAM dan menunggu hasil siasatan

One Reply to “Bukti Ghaddar Menumbuk Saya Di Youtube – Bunyamin Omar”

Comments are closed.