Brad Pitt dan AC Mizal Bakal Berganding

Segalanya bermula petang semalam apabila kami perasan akan status terkini AC Mizal melalui Twitter beliau yang menulis beliau ketika itu sedang bermesyuarat dengan Brad Pitt.

“Mtg w Bradd Pitt for my next movie,sama tinggi je rupanya hmmm!” tulis AC Mizal dan ada kemungkinan bukan Brad Pitt yang disangkakan kerana ada lebihan huruf D dalam ejaan.

Tidak lama selepas itu AC Mizal menulis yang beliau sudah pun di’terima untuk berlakon sebuah filem antarabangsa & kami pasti ia’nya sebuah filem produksi Hollywood.

Tahniah yang amat besar buat AC Mizal jika benar beliau berjaya menerima watak untuk di’lakonkan dalam sebuah filem Hollywood & turut melibatkan kerjasama Brad Pitt.

Yang membuatkan kami berspekulasi bahawa AC Mizal sedang bermesyuarat dengan Brad Pitt adalah selepas itu pengacara juga usahawan ini menulis yang Angelina Jolie sampaikan salam kepada semua.