Bojan Hodak Mahu Tinggalkan Kelantan?

Pada musim pertamanya menjadi pelatih Kelantan FA, Bojan terus membawa Kelantan meraih double winners pada musim 2011/12.

Setelah Moldova Arcan Iurie berminat untuk melatih Sriwijaya FC, kini giliran pelatih asal Croatia, Bojan Hodak ingin mencuba nasib sebagai jurulatih pasukan kebanggaan masyarakat Sumsel yang berpusat di Palembang itu. Keinginan Bojan Hodak untuk menjadi jurulatih Sriwijaya FC disampaikan oleh agennya Hardimen Koto kepada Pengarah Teknik dan SDM Sdn Bhd SOM, Hendri Zainuddin, 23 Julai yang lalu.

Berdasarkan biodata ringkas yang dihantar kepada Hendri Zainuddin, Bojan mempunyai prestasi yang sangat baik. Pada musim pertamanya menjadi jurulatih Kelantan FA, Bojan terus membawa Kelantan meraih double winners pada musim 2011/12, iaitu meraih juara Liga Super Malaysia dan Juara Piala Malaysia. Bukan hanya itu sahaja, Bojan juga membawa Kelantan untuk layak ke suku akhir AFC Cup.

Pada peringkat kumpulan AFC Cup, Kelantan begitu gagah dengan menjadi juara kumpulan, bahkan wakil Indonesia, Arema FC harus mengakui keunggulan Kelantan dengan dua kali dikalahkan dalam peringkat kumpulan.

Hendri Zainuddin memberitahu kepada GOAL.com Indonesia, melihat biodata Bojan, pelatih asal Croatia ini mempunyai prestasi yang bagus “Prestasinya bagus dengan membawa Kelantan FA meraih double winners, juara Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia pada musim pertamanya menjadi pelatih Kelantan. Bukan hanya itu, Bojan berjaya membawa Kelantan FA untuk sementara lolos ke babak perempat final AFC Cup, “kata Hendri Zainuddin.

Namun meskipun mempunyai prestasi bagus, Hendri tidak boleh memastikan akan menerima Bojan atau tidak sebagai jurulatih Sriwijaya FC. “Hingga saat ini, sudah dua pelatih asing yang berminat ke Sriwijaya FC iaitu Arcan Iurie dan Bojan Hodak. Siapapun pelatih yang ingin melamar ke Sriwijaya FC kita persilakan, namun kepastian diterima atau tidak, akan diputuskan oleh pak Dodi selaku Presiden kelab sriwijaya FC, “ujar Hendri.

Dikatakan Hendri, dalam minggu-minggu ini, pengurusan Sriwijaya FC akan melakukan pertemuan termasuk membincangkan hasil penilaian terhadap pasukan pelatih. “Nanti dalam mesyuarat pengurusan, Presiden kelab akan memutuskan kepastian Kas Hartadi sebagai pelatih sriwijaya FC termasuk membahas pelatih-pelatih yang melamar ke Sriwijaya FC , “kata Hendri Zainuddin.

Bojan Hodak berusia 41 tahun, lahir di Zagreb Croatia tarikh 4 Mei 1971, dia boleh berbahasa Melayu kerana beristerikan orang Melayu. Kerjayanya tahun 2011/12, menjadi jurulatih, Kelantan FA Malaysia. Sebelumnya tahun 2010/11 menjadi Head Coach Crown FC dan Pembantu Coach Sandong Luneng FC, sementara tahun 2006/09 menjadi Head Coach My Team UPB.

Namun, sama seperti sebelumnya, keinginan Bojan Hodak melamar sebagai pelatih Sriwijaya FC kurang mendapat tanggapan baik dari fans Sriwijaya FC, kerana hampir semua fans Sriwijaya FC tetap menginginkan Kas Hartadi sebagai jurulatih yang sudah terbukti memberikan gelar juara ISL dan juara perang bintang. Tapi melihat prestasi Bojan yang berjaya membawa Kelantan meraih double winners serta layak ke suku akhir AFC Cup 2012, ada juga yang meminta pengurusan Sriwijaya FC untuk mempertimbangkannya demi masa depan Sriwijaya FC.

2 Replies to “Bojan Hodak Mahu Tinggalkan Kelantan?”

  1. Anonymous

    aper benda karang mengarut nie. banyak fakta reka sendiri. come on la. stop all this bullshit!

Comments are closed.