Beckham Beri Amaran Kepada Stuart Pearce

Beckham yang ternyata kecewa dengan keputusan Stuart Pearce kerana menyingkirkannya dari pasukan Olimpik Great Britain ternyata masih lagi berbisa.

Beliau menyumbatkan 2 gol yang cantik ketika pasukannya LA Galaxy menewaskan Portland Timbers 5-3 dalam perlawanan Major League Soccer baru-baru ini.

Robbie Keane juga berjaya menyumbat 2 gol dan London Donovan 1 gol untuk LA Galaxy dalam perlawanan tersebut.

Gol pertama yang cantik dari jarak 35 yard dan gol kedua hasil jaringan trademark beliau iaitu sepakan percuma.

Adakah Stuart Pearce melakukan kesilapan besar kerana tidak menyenaraikan Beckham untuk skuad olimpik? Sama-sama kita lihat prestasi pasukan Great Britain nanti di Olimpik.