Bayar RM98j atau lupakan Carroll

LONDON – Liverpool hanya akan melepaskan Andy Carroll jika ada pasukan bersedia membayar £20 juta (RM98 juta) untuk mendapat khidmatnya.

Penyerang tinggi lampai itu kini sedang diburu Newcastle United yang mana bekas kelabnya itu hanya mampu menawarkan £12 juta (RM58.8 juta).

Bagaimanapun, harga itu tidak langsung menarik minat Liverpool, apatah lagi untuk mendapatkan khidmat Carroll secara pinjaman.

Bos The Kop, Brendan Rodgers menjelaskan, walaupun penyerang England itu bukan pilihan utama di Anfield tetapi mereka tidak akan melepaskan Carroll dengan harga murah.

Carroll dibeli daripada Newcastle dengan harga £35 juta (RM171.5 juta) 18 bulan lalu di samping mahu Liverpool membayar sebahagian daripada £80,000 (RM392,000) gajinya seminggu.

Ketika ini, Liverpool tidak langsung berhasrat melepaskan Carrol secara pinjaman, sebaliknya lebih suka untuk menjualnya terus jika ada pasukan yang berminat.

Ini kerana, Rodgers perlu mengumpul dana untuk membawa masuk muka-muka baharu. Terbaharu ialah penyerang Itali, Fabio Borini dan kini sedang memburu perancang Fulham dari Amerika Syarikat, Clint Demp- sey. – AGENSI