Anak Saya Rosak – Bapa Shukri

REMBAU ”Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu.”

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.

”Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.

”Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Susulan itu.. Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di:

www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.

Antara tweet Shukri yang begitu kontroversi

Semua orang mempunyai hak bersuara tetapi ada hadnya. Peluang terbuka.. jangan nanti menyesal tak sudah bila Ayah sudah tiada.