1 Juta Sebulan Jika Johor Mahukan Riquelme

Untuk kempen saingan Liga Perdana musim depan, Johor FA telah membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme musim depan namun mereka perlu membayar 1 juta sebulan untuk pemain itu.

Mengikut laporan akhbar The Star, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan presiden Johor FA memberitahu di laman Twitternya bahawa mereka akan berbincang dengan pemain itu selepas dimaklumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Boca Juniors.

Riquelme adalah pemain bertaraf dunia yang kedua telah dikaitkan dengan Johor FA. Sebelum ini, terdapat perancangan untuk mendapatkan Gabriel Batistuta sebagai penasihat Johor FA.

“Ejen kami telah diarahkan untuk menghubungi Riquelme dan membincangkan tentang perjanjian musim depan. Terkini hasil dari perbincangan tersebut, bahawa ejen mereka memaklumkan Riquelme telah meminta bayaran sebanyak RM1juta sebulan untuk menyertai Johor FA” kata Tunku Ismail melalui Twitternya.

Menurut sumber The Star, Johor FA berminat untuk mendapatkan Riquelme bagi saingan Liga Perdana musim depan.

“Riquelme adalah salah satu pemain yang dikenal pasti oleh Tunku Ismail yang boleh memberikan impak kepada pasukan dan juga menarik ramai orang ke stadium,” kata sumber tersebut kepada The Star.

Menurut sumber tersebut juga, bekas pemain Argentina, Gabriel Batistuta yang dikaitkan sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat Johor FA untuk membawa masuk pemain dari Amerika Selatan.

Johor FA juga dikatakan sedang memburu D’Allasandro, David Trezeguet, Michael Owen, Elano, P.Aimar dan nama2 besar yang lain.