Wayne Rooney Tidak Sabar Bertemu Ukraine

Wayne Rooney gembira beliau kini boleh beraksi untuk England di Euro 2012.

Rooney tidak dapat bermain di dua perlawanan pertama England akibat digantung tetapi kini boleh bemain di perlawanan menentang Ukraine dan jurulatih Roy Hodgson dijangka akan memilihnya di kesebelasan utama England untuk perlawanan itu.

Keputusan seri menentang Ukraine nanti akan membenarkan mereka untuk mara ke pusingan suku akhir selepas meragut empat mata daripada dua perlawanan mereka menentang Perancis dan Sweden.
Rooney memberitahu Sky Sports: “Jelas saya gembira dapat kembali berkasi untuk perlawanan terakhir kumpulan kami.

“Para pemain telah memberikan persembahan yang hebat untuk meletakkan kami di kedudukan yang baik ini. Saya berharap saya dapat bermain untuk bantu kami mara ke suku akhir.”

Rooney juga menegaskan beliau cergas dan tidak sabar untuk beraksi selepas agak lama tidak bermain secara kompetitif, dengan menambah: “Sejak saya menyertai skuad ini, saya telah mengambil bahagian dalam semua sesi latihan. Saya sedia dan tidak sabar untuk bermain.”

Sudah tentu akan jadi rangsangan untuk England Rooney kini boleh mula bermain di Euro 2012.
Walaubagaimanapun, England telah memberikan persembahan yang baik tanpa penyerang bintang mereka, dengan menjaringkan empat gol di dua perlawanan pertama mereka.

Pemain pertahanan Joleon Lescott menjaringkan gol dalam perlawanan pertama menentang Perancis, dan Andy Carroll, Theo Walcott dan Danny Welbeck semuanya menjaringkan gol dalam kemenangan 3-2 atas Sweden.

“Sangat baik untuk pasukan kami apabila penyerang-penyerang kami berjaya menjaringkan gol,” kata Rooney.

“Sangat baik untuk saya juga, ia adalah persaingan yang hebat. Anda tahu anda mesti berikan yang terbaik untuk bermain, jadi saya rasa ia sangat baik untuk seluruh pasukan ini.”

Roy Hodgson mengesahkan Theo Walcott cergas dan sedia untuk bermain perlawanan terakhir pusingan kumpulan England menentang Ukraine.

Pemain sayap itu telah mengalami kecederaan di sesi latihan pada hari Ahad tetapi kini telah disahkan cergas untuk perlawanan esok.

Walcott berharap beliau dapat memulakan perlawanan itu selepas memberikan persembahan yang hebat setelah diserta masuk di perlawanan menentang Sweden.

Beliau menjaringkan satu gol dan mencipta gol kemenangan Danny Welbeck untuk bantu England menang perlawanan itu.

Keputusan itu bermakna England hanya perlukan satu mata menentang Ukraine esok untuk mara ke suku akhir, dan mereka akan berasa yakin terutama sekali dengan Wayne Rooney akan kembali beraksi.

Roy Hodgson menghadapai satu keputusan yang sukar untuk menampung Rooney di kesebelasan utama beliau, selepas Andy Carroll juga menjaringkan gol dalam kemenangan 3-2 itu.

EURO 2012 boleh ditonton melalui HD live streaming di sini