Walther Dresken Tetap Setia Bersama Search
Bila sebut pasal band rock yang terhebat di Malaysia semestinya nama Search akan meniti di bibir. Hebat sangatkah Search? Setakat orang Malaysia sahajakah yang menyukai mereka? Indonesia pun tak semua yang suka agaknya!
Adakah benar tiada orang luar yang suka terutamanya orang eropah? Agak logik akal, lagu yang disampaikan pun dalam bahasa Malaysia tetapi tahukah anda bahawa Search juga mempunyai peminat fanatik dari Eropah?
Walther Dresken ialah seorang peminat setia Search sejak 1993 dan beliau adalah seorang warga Belanda! Tapi bagaimana beliau mula terpikat dengan Search? Adakah disebabkan oleh single inggeris Search “Feel The Pain” yang dimuatkan dalam album Rampage 1992 mendapat top ten di Belanda ketika itu?
Pada tahun 1993 satu siri TV bertajuk Veronica Goes To Asia disiarkan di Belanda. Salah satu sirinya telah menyiarkan segmen untuk kumpulan Search selama lapan minit. Segmen tersebut menyiarkan DJ terkenal Belanda Jeroen Van Inkel menemuramah Search pada 27 July 1993. Dalam temuramah tersebut, Search menyatakan hasrat bahawa mereka ingin dikenali serata dunia dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Pada ketika itu internet mula pesat berkembang dan ini memberi peluang kepada Welther untuk menyampaikan nota salam perkenalan sebagai seorang peminat tunggal dari eropah kepada Search. Bermula ketika itulah Search menyedari bahawa mereka juga mempunyai peminat dari benua eropah! Tetapi entah bila beliau dapat bertemu dengan band kegemarannya itu?
Semenjak dari itu, Walther banyak menyimpan koleksi dari Search sama ada album atau pun barangan lain yang berkait dengan Search.
Pada 2009, Welther mendapat tahu Search akan mengadakan konsert di Kelab Scala London melalui Facebook yang baru disertainya. Search Di Ufuk Barat! Inilah peluang yang ditunggu-tunggu selama ini oleh Welther. Dengan dorongan yang diberi oleh isterinya, Welther tidak teragak-agak untuk membeli tiket konsert tersebut dengan menghubungi pihak pengurusan OrangKita & Skysearch Presents.
Walter begitu teruja kerana dapat menyaksikan band kegemarannya beraksi live di depan mata. Walter begitu berbesar hati kerana diberi layanan begitu istimewa sepanjang Search berada di London. Beliau diberi layanan istimewa oleh anggota Search dari sesi soundcheck, makan bersama Search dan dihari persembahan.
Walther juga berkesempatan ditemuramah oleh pihak TV3 selepas konsert tersebut. Semestinya kenangan ini tidak dapat dilupakan oleh Walther Dresken sepanjang hidupnya.
Long Live Rock n Roll!