Stesen TV Gantung Ras Adiba Kerana Botak

Kerana memotong rambutnya pendek sehingga kelihatan botak, sebuah stesen TV tempatan telah mengambil tindakan dengan menggantung kemunculan Ras Adiba Radzi dari keluar di kaca TV.

Niat baik Ras Adiba untuk menyokong kempen “Jom Botak” yang telah dianjurkan oleh Majlis Kanser Nasional telah memakan dirinya sendiri kerana sebelum ini juga, netizen telah mempersoalkan niat baiknya.

Namun, penggantungan ini hanyalah untuk sementara waktu sehinggalah rambut Ras Adiba kembali panjang seperti sediakala. Ras Adiba juga telah dimaklumkan mengenai hal ini dan dia telah menawarkan untuk memakai rambut palsu, namun ditolak bulat-bulat oleh stesen TV tempatan tersebut.

“Ras Adiba telah menawarkan untuk memakai rambut palsu tapi kami telah menolak tawaran ini kerana agak pelik untuk dia muncul di kaca TV dengan rambut palsu kemudian botak pula dikhalayak ramai,” jelas sumber.

Kumpulan Komunikasi Korporat Media Prima Berhad, telah membuat kenyataan rasmi sebagai menjawab dakwaan bahawa Ras Adiba telah digantung dari tugasannya.

Sebentar tadi, Kumpulan Komunikasi Korporat Media Prima Berhad, telah membuat kenyataan rasmi sebagai menjawab dakwaan bahawa Ras Adiba telah digantung dari tugasannya.

“Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.

Kami telah menyokong usahanya dengan memberi liputan berita kepada inisiatif tersebut agar membawa kesedaran di kalangan orang awam. Pada waktu ini, Ras Adiba tidak pernah digantung dari tugasannya sebagai penyampai berita sambilan ntv7.

Media Prima sentiasa menyokong mana-mana usaha menimbulkan kesedaran kanser di seluruh negara.”