Shebby dilantik Pengarah Bolasepak Blackburn

 

Bekas pemain bola sepak Malaysia dan juga pengulas sukan terkenal, Shebby Singh telah dilantik sebagai Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers.

Kelab Blackburn Rovers pada musim depan akan beraksi dalam Championship setelah disingkirkan dari Liga Perdana Inggeris musim lepas.

Mengikut laporan akhbar The Daily Mail hari ini, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby telah dilantik sebagai Pengarah Bola Sepak Blackburn di mana salah satu tugasnya adalah menjadi perantara pemilik kelab dan pengurus, Steve Kean.

Walaubagaimanapun masa depan pengurus itu masih lagi menjadi tanya selepas Rovers disingkir dari Liga Perdana Inggeris.

One Reply to “Shebby dilantik Pengarah Bolasepak Blackburn”

Comments are closed.