Sepanyol Kecewakan Ronaldo

Cesc Fabregas menjaringkan sepakan penalti kemenangan untuk bantu Sepanyol tewaskan Portugal di sepakan penalti dan mara ke perlawanan akhir Euro 2012.

Perlawanan itu telah tamat seri tanpa jaringan selepas masa biasa dan masa tambahan.

Jaringan Fabregas membantu Sepanyol menang 4-2 di sepakan penalti selepas sepakan Bruno Alves terkena palang.

Sebelum itu, Cristiano Ronaldo telah membazirkan peluang yang baik untuk memberikan kemenangan kepada Portugal di saat-saat akhir perlawnan manakala Rui Patricio membuat halangan-halangan yang hebat daripada Jesus Navas dan Andres Iniesta di masa tambahan untuk menyelamatkan Portugal.

Sepanyol memulakan perlawnanan dengan lebih baik dan sepatunya membuka tirai pada minit ke-9 tetapi rembatan Alvaro Arbeloa terlalu tinggi.

Rembatan Andres Iniesta juga terlalu tinggi seminit kemudian, dan Portugal mempunyai peluang yang baik pada minit ke-13 apabila hantaran Ronaldo dari sayap kiri hampir-hampir ditanduk masuk oleh Nani.

Perlawanan beterusan tanpa banyak peluang untuk kedua-dua pasukan walaupun Sepanyol mempunyai lebih banyak kawalan bola.

Pemain gantian Jesus Navas mempunyai peluang yang baik pada minit ke-22 masa tambahan apabila beliau menerima bola daripada Arbeloa di dalam kotak penalti tetapi Patrcio membuat halangan yang hebat daripada percubaan pemain sayap itu.

Perlawanan tamat tanpa jaringan dan sepakan penalti terpaksa menjadi penentuan pemenang perlawanan itu.

Sepakan pertama Sepanyol yang diambil oleh Xabi Alonso diselamatkan oleh Patricio tetapi Iker Casillas juga menyelamatkan sepakan pertama Portugal yang diambil Joao Moutinho.

Iniesta, Pepe, Pique dan Sergio Ramos semuanya mejaringkan sepakan penalti mereka sebelum sepakan Alves terkena palang. Fabregas menjaringkan sepakan penalti kemenangan untuk pastikan Sepanyol mempunyai peluang untuk mempertahankan kejuaraan Euro mereka di akhir Ahad ini.