Senarai 23 Pemain Terpilih Ke Myanmar

Senarai akhir antara 23 orang pemain Harimau Muda yang terpilih ke Myanmar dalam kempen kelayakan U22 AFC Cup 2013 :

Mohd Farhan Abu Bakar,
Mohd Izham TarmiziRoslan,
Mohd Nazmi Faiz Mansor,
D.Saarvindran,
Mohd Fadhli Mohd Shas,
Mohd Irfan Fazail (kapten),
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria,
A. Thamil Arasu,
Shahrul Mohd Saad,
Gary Steven Robbat,
Nazirul Naim Che Hashim,
Mohammad Amer Saidin,
Mohamad Fandi Othman,
Syahrul Azwari Ibrahim,
Ahmad Hazwan Bakri,
Mohd Azzizan Nordin,
Muhamad Ilham Amirullah Razali,
Ashri Chuchu,
Mohd Rozaimi Abdul Rahman,
Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham,
Mohd Aminuddin Mohd Noor,
Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa,
Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor

Jurulatih, Ong Kim Swee telah mengumumkan skuad Harimau Muda Bawah 22 yang akan bersaing dalam Kelayakan Piala AFC B22 yang bermula 23 Jun ini.

Empat pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara terpaksa digugurkan daripada beraksi pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC 2013 di Myanmar, yang bermula 23 Julai ini ekoran masalah kecederaan yang belum pulih.

Ketua jurulatih skuad B-22 negara Ong Kim Swee berkata, mereka ialah Mohamad Zuber Mohamad Azmi, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Muhammad Syazwan Tajuddin dan Mohamad Raphi Azizan Mariappen.

“Keempat-empat pemain ini tidak akan menyertai kita di Myanmar, namun diletakkan dalam senarai simpanan sekiranya berlaku kecederaan kepada mana-mana 23 pemain yang bakal saya bawa ke sana nanti,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.

Beliau berkata setiap pasukan yang bersaing dalam pusingan kelayakan itu mungkin berdepan kesukaran mempamerkan aksi memberangsangkan memandangkan mereka akan beraksi pada sebelah petang dalam keadaan cuaca panas, kecuali tuan rumah yang beraksi sebelah malam.

“Jadi, saya akan membuat pertukaran pemain dalam setiap perlawanan yang ditempuhi oleh kita bagi mengelakkan mereka keletihan dalam mengharungi beberapa perlawanan di sana nanti.

“Namun, apa yang lebih penting kepada saya ialah setiap pemain mampu mengekalkan prestasi masing-masing dalam kejohanan itu,” katanya.

Mengulas peluang skuad negara untuk mara ke pusingan akhir kejohanan tahun depan, Kim Swee berkata beliau optimis pasukan itu mampu pergi jauh disebabkan persaingan yang sengit di peringkat kumpulan.

Skuad negara dijangka bertolak ke Myanmar Khamis ini sebelum membuka kempen kejohanan dengan menentang Korea Selatan pada Sabtu.

Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Taiwan, Filipina dan Myanmar selaku tuan rumah untuk pusingan kelayakan itu dan dua pasukan teratas daripada setiap enam kumpulan yang bertanding, akan mara pusingan akhir kejohanan tahun depan.


Venue pusingan akhir belum ditentukan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).