Sabah Dibelasah Teruk Oleh LIONSXII

LIONSXII meneruskan rekod lima kemenangan dengan keputusan 9-0 ke atas Sabah di hadapan 6,289 para penyokong di Stadium Jalan Besar.

Pasukan tuan rumah membuka tirai pada minit ke 18 apabila Agu Casmir menyepak bola masuk dari tendangan sudut ketiga berturut-turut dari tandukan Baihakki Khaizan.

Empat minit kemudian, Sabah sekali lagi gagal menangani tendangan sudut dan Hariss Harun memberi tendangan voli masuk untuk gol pertamanya.

Gol kedua Hariss tiba pada minit ke 41 apabila menerima bola di luar kotak dan menggelecek lepas pemain pertahanan Sabah sebelum menyepak masuk lepas penjaga gol Irwan Jamil.

Shahdan Sulaiman menambah pada jaringan pada minit ke 63 dengan tendangan cip dari hantaran Agu sebelum penyerang yang berasal dari Nigeria itu mencipta satu lagi dengan hantaran kepada Juma’at Jantan yang memberi Shahdan bola untuk gol kedua beliau.

Lima minit kemudian, gol keenam perlawanan di jaringakan Irwan Shah setelah menerima bola dari Agu.
Hariss meraih jaringan hatrik pada minit ke 73 apabila Shaiful Esah memberinya hantaran cantik untuk gol ketujuh dalam perlawanan.

Pemain gantian Sufian Anuar telah menanduk masuk gol selepas hanya 12 minit bermain dan Shahrul Azhar membolos gawang sendiri untuk mengakhiri pesta gol itu.

Ketua jurulatih Sabah Gosutim Ganai telah berkata di wawancara: “Kami telah berusaha sebaik mungkin, tetapi kami tahu yang LIONSXII adalah pasukan yang bagus. Kami tidak mampu membuat apa-apa.”

Kelantan pula hanya enam mata di belakang dengan lima perlawanan dalam tangan selepas menewaskan Kedah 2-1 hasil usaha Khairul Fahmi yang telah menyelamatkan penalti dan jaringan Mohammad Ghaddar serta gol sendiri Kedah.

Perak menewaskan Johor FC 2-1 dan menyaksikan aksi cemerlang penjaga gawang Nasril Nourdin yang telah menyelamatkan percubaan Arthuro Bernhardt walaupun penyerang import itu telah menjaringkan gol pada awal perlawanan. Rafiuddin Roddin membuka tirai pada minit ke 10 sebelum Albert Bodjonggo menambah jaringan pada minit ke 49.

PKNS menghadapi kejutan seketika apabila Stanley Bernard membuka tirai pada minit ke 10 tetapi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 66 hasil jaringan Rudie Ramli sementara Selangor menewaskan Sarawak 1-0 hasil jaringan Bosko Balaban.

Keputusan lain:

Kelantan 2-1 Kedah
LIONSXII 9-0 Sabah
Perak 2-1 Johor FC
Felda United 1-0 Negeri Sembilan
PKNS 1-1 Kuala Lumpur FA
Sarawak 0-1 Selangor