Rijkaard ‘tak minat’ jadi jurulatih Belanda

Frank Rijkaard tidak minat untuk menjadi jurulatih Belanda buat masa sekarang, menurut ejen beliau.

Rijkaard adalah di antara beberapa calon yang telah dikaitkan dengan pekerjaan itu selepas Bert van Marwijk meletak jawatan selepas persembahan buruk Belanda di Euro 2012, di mana mereka disingkirkan di pusingan kumpulan selepas kalah semua tiga perlawanan.

Tetapi Perry Ovareem berkata Rijkaard akan kekal sebagai ketua jurulatih Saudi Arabia, yang telah disingkirkan daripada pusingan kelayakan untuk Piala Dunia 2014.

“Kontrak Frank akan tamat di hujung tahun depan,” Ovareem memberitahu AD.

“Saudi Arabia tidak mempunyai peluang untuk layak ke Piala Dunia 2014 tetapi masih ada tugas yang patut dilakukan dengan pasukan kebangsaan.”

Rijkaard memulakan kerjayanya sebagai jurulatih dengan Belanda pada tahun 1998, apabila beliau menjadi penolong Guus Hiddink. Beliau kemudian memimpin mereka ke separuh akhir Euro 2000, di mana mereka ditewaskan oleh Itali di sepakan penalti.

Jurulatih berusia 49 tahun itu juga telah memimpin Barcelona kepada dua kemenangan La Liga dan Liga Juara-Juara pada tahun 2006 dan juga telah menjadi jurulatih kelab Belanda Sparta Rotterdam and dan pasukan Turki Galatasaray.

“Saya faham ramai orang akan mahukan Frank,” tambah Overeem. “Tetapi beliau masih dengan Saudi Arabia.

“Mungkin akan berbeza jika Saudi Arabia mahu menamatkan kontrak beliau.”